Marina Cove Resort, Lumut
Saya telah menggunakan perkhidmatan mencari hotel online menerusi Agoda. Alhamdulillah, tawaran harga yang diberikan adalah dirasakan paling mampu dan murah jika dibandingkan dengan bilik-bilik lain. Lagipun, dapat tiket percuma ke mini waterpark ... kira berbaloilah. Jadi, anak-anak dapat main air, dan saya bolehlah lari sekejap untuk memancing Kerapu di Rockbund Fishing Chalet yang tidak jauh dari situ.Bilik hotel yang kami tempah ialah bilik Superior, dengan harga semalam RM140.00 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Keadaan bilik yang saya anggap paling murah di Marina Cove Resort ini boleh diberikan penarafan - ok dan selesa untuk kami sekeluarga. Semua kemudahan asas disediakan dengan memuaskan. Ada TV skrin leper, peti ais dan bilik air juga bersih.Marina Cove Resort ini merupakan antara hotel yang popular di Teluk Batik dan Lumut disebabkan ada kolam renang, selain akses mudah untuk taman air yang berada di belakang hotel. Jika sewa bilik di sini untuk pakej bilik tertentu, boleh dapat sarapan percuma selain 2 tiket atau pass ke taman air.
Sumber:http://www.hasrulhassan.com/2016/02/bilik-paling-murah-marina-cove-resort.html
No comments:
Post a Comment