Kari Ikan Sembilang
Kedai ini agak ramai pengunjung kerana memang terkenal dengan lautnya yang sedap. Kalau nak rasa masakan tradisional Melayu Ikan sembilang, sinilah tempatnya. Kedai ini terletak dari kedai makan Silaturahim menghala ke Teluk Balik. Saya rekemen anda ke sini dan rasai sendiri kari ikan yang ada di kedai ini.
Sumber:http://asukavi.com/perak/makanan-menarik-di-manjung/
Char Kuey Tiew Taman Samudera
Ada beberapa tempat best untuk makan char kuey tiew di sini dan salah satunya adalah di Taman Samudera. Berbaloi dengan harga dan dari segi rasa pun tak kalah. Jeruk dan udang yang ada pun cukup puas hati. Kalau anda dah sampai ke sini, saya galakkan untuk anda pergi ke sini.
Sumber:http://asukavi.com/perak/makanan-menarik-di-manjung/
Steamboat Shabu-Shabu
Kalau anda minat untuk makan steamboat, tiada tempat lain di ini, Shabu-Shabu adalah tempat yang saya rekemen untuk anda pergi. Ianya berkonsepkan bufet yang berharga RM12 satu kepala. Kalau ke sini, saya rekemen sup tom yam. Cukup pedas dan masam dia pun kena pulak dengan tekak saya. Memang cukup rasa, kalau anda nak cari tempat makan best, steamboat Shabu-Shabu ini pun antara yang anda boleh pergi.
Sumber:http://asukavi.com/perak/makanan-menarik-di-manjung/
No comments:
Post a Comment