Sunday 21 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN

                                                       TEMPAT PENGINAPAN
 Marina Cove Resort, Lumut
Saya telah menggunakan perkhidmatan mencari hotel online menerusi Agoda. Alhamdulillah, tawaran harga yang diberikan adalah dirasakan paling mampu dan murah jika dibandingkan dengan bilik-bilik lain. Lagipun, dapat tiket percuma ke mini waterpark ... kira berbaloilah. Jadi, anak-anak dapat main air, dan saya bolehlah lari sekejap untuk memancing Kerapu di Rockbund Fishing Chalet yang tidak jauh dari situ.Bilik hotel yang kami tempah ialah bilik Superior, dengan harga semalam RM140.00 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Keadaan bilik yang saya anggap paling murah di Marina Cove Resort ini boleh diberikan penarafan - ok dan selesa untuk kami sekeluarga. Semua kemudahan asas disediakan dengan memuaskan. Ada TV skrin leper, peti ais dan bilik air juga bersih.Marina Cove Resort ini merupakan antara hotel yang popular di Teluk Batik dan Lumut disebabkan ada kolam renang, selain akses mudah untuk taman air yang berada di belakang hotel. Jika sewa bilik di sini untuk pakej bilik tertentu, boleh dapat sarapan percuma selain 2 tiket atau pass ke taman air.

Sumber:http://www.hasrulhassan.com/2016/02/bilik-paling-murah-marina-cove-resort.html

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

                                               AKTIVTI-AKTIVTI MENARIK


Aktiviti Watersport

kalau pergi pangkor, aktiviti yang terkenal dan mesti buat adalah watersport dia. Dan yang paling famous adalah snorkeling. Selepas kejadian hampir ditipu oleh Ulat. Kami bersyukur selepas dapat diselamatkan dengan local people  dekat situ dapat harga murah yang berpatutan(hasil bertanya dan begaul dengan penduduk pangkor). Kalau tidak mau kena cekau mencecah beratus ringgit. 

Untuk dapat harga murah, korang hanya perlu deal direct one-to one dengan beach boy dekat sana. Di teluk Nipah banyak booth-booth beach boy. Cuma kena pandai pilih mana murah. Tapi bukan murah yang kita cari, yang penting adalah service, keselamatan, informasi dan cara dia treat kita.

Sumber:https://macikzkonah.blogspot.my/2016/09/aktiviti-yang-menarik-di-pulau-pangkor.html


Bukit Engku Busu

Bukit Engku Busu Manjung Perak | Bukit Engku Busu adalah tempat yang patut dikunjungi bagi pendaki pendaki bukit. Dengan ketinggian 1087 kaki dan kecerunan 70 sehingga 80 rasanya. Ianya terletak di belakang Balai Polis Daerah Manjung di Bandar Lumut. Jarak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Lumut. Bukit ini sesuai untuk aktiviti Jungle Trakking, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut.

Sumber:http://www.nurfuzie.com/2016/01/bukit-engku-busu-manjung-perak.html

ATV advaenture Pangkor

Kitaorang pun tak terfikir nak try ATV ni mula. Tapi why not, kita orang pun nak tahu juga track jalan ATV dekat Pangkor adventure ke tidak. Kalau korang pernah jejak kaki ke Teluk Nipah, korang akan tahu macam mana challenge bukit ke arah teluk nipah. ATV ni pun Abang Musa watersport recommend dekat kitaorang. So bila kitaorang try - why not kita tak recommend dekat korang pula.

Untuk ambil  ATV advaenture Pangkor (itu memang ejaan dorang - nak lain daripada lain, yang ni lokasi dekat sebelah Tempat penginapan Horizon), aah memang kitaorang survey side-side sana je yang menawarkan harga berpatutan yang gempak serta service yang tip top

Sumber:https://macikzkonah.blogspot.my/2016/09/aktiviti-yang-menarik-di-pulau-pangkor.html


MEMANCING.

 


Kepada mereka yang gemarkan aktiviti memancing, nikmatilah pengalaman ini di sekitar PulauPangkor dan Pulau Sembilan.Jika Anda berminat untuk menyertai aktiviti ini, sila buat tempahan awal untuk peralatan memancing dan bot. Mencandat sotong juga boleh di lakukan di sepanjang Pantai Teluk Nipah. Oleh itu, jangan lupa membawa atau membeli candat sebelum tiba di Pulau Pangkor.


Sumber:http://pangkorinnchalet.blogspot.my/p/aktiviti-aktiviti-di-pangkor.html

SELAM SCUBA

 

Boleh di lakukan di persekitaran pulau pulau kecil seperti Pulau Mentagor , Pulau Giam dan PulauSembilan.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Adee ditalian 017 508 6594 /Office Tel No 03 80231370 atau layari www.scubatexpro.com.


Sumber:http://pangkorinnchalet.blogspot.my/p/aktiviti-aktiviti-di-pangkor.html


MAKANAN-MAKANAN MENARIK

                                           MAKANAN-MAKANAN MENARIK

Kari Ikan Sembilang

Kedai ini agak ramai pengunjung kerana memang terkenal dengan lautnya yang sedap. Kalau nak rasa masakan tradisional Melayu Ikan sembilang, sinilah tempatnya. Kedai ini terletak dari kedai makan Silaturahim menghala ke Teluk Balik. Saya rekemen anda ke sini dan rasai sendiri kari ikan yang ada di kedai ini.

Sumber:http://asukavi.com/perak/makanan-menarik-di-manjung/

 Char Kuey Tiew Taman Samudera


Ada beberapa tempat best untuk makan char kuey tiew di sini dan salah satunya adalah di Taman Samudera. Berbaloi dengan harga dan dari segi rasa pun tak kalah. Jeruk dan udang yang ada pun cukup puas hati. Kalau anda dah sampai ke sini, saya galakkan untuk anda pergi ke sini.

Sumber:http://asukavi.com/perak/makanan-menarik-di-manjung/


Steamboat Shabu-Shabu
Kalau anda minat untuk makan steamboat, tiada tempat lain di ini, Shabu-Shabu adalah tempat yang saya rekemen untuk anda pergi. Ianya berkonsepkan bufet yang berharga RM12 satu kepala. Kalau ke sini, saya rekemen sup tom yam. Cukup pedas dan masam dia pun kena pulak dengan tekak saya. Memang cukup rasa, kalau anda nak cari tempat makan best, steamboat Shabu-Shabu ini pun antara yang anda boleh pergi.
Sumber:http://asukavi.com/perak/makanan-menarik-di-manjung/

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

                             TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MANJUNG

 Pantai Teluk Batik
Pantai Teluk Batik merupakan satu pantai yang popular di Perak. Kalau nak bersantai di Pantai ini memang sesuai kerana merupakan tempat untuk mandi manda. Pasir di pantai ini pun memang sesuai untuk mandi. Kalau anda ke Lumut Perak, destinasi wajib yang anda boleh pergi adalah Pantai Teluk Batik ini. Banyak kemudahan yang disediakan seperti surau, tandas yang pastinya memudahkan pengunjung yang bakal datang ke sini. Kat sini pun ada perkhidmatan bot untuk berjalan-jalan keliling laut. Jadi, memang satu tempat yang menarik yang anda boleh pergi. Memang terbaik.
 Sumber:http://asukavi.com/perak/tempat-menarik-di-manjung/

Lumut Waterfront

Tidak lupa juga satu lagi destinasi menarik yang ada di sini. Tidak lain adalah Lumut Waterfront. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Ianya terletak tidak jauh daripada Pantai Teluk Batik. Kalau ke sini, boleh la tengok-tengok dan cari makanan sedap yang ada di sini.

  Sumber:http://asukavi.com/perak/tempat-menarik-di-manjung/

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor juga merupakan satu tempat yang terletak di daerah ini, Perak. Pulau Pangkor mempunyai keunkikan yang tersendiri dan bagi saya, ianya merupakan salah satu destinasi pulau yang tercantik di Malaysia. Anda boleh ke sini untuk rasai sendiri kecantikan Pulau Pangkor. Cuma nasihat saya, kalau nak bercuti di Pulau Pangkor tu, tempah hotel awal-awal, sebab takut nanti hotel penuh. Apapun, saya akan bercerita berkenaan dengan Pulau Pangkor di sini. Saya ceritakan dengan panjang lebar mengenai tempat best yang ada di Pulau Pangkor.
 Sumber:http://asukavi.com/perak/tempat-menarik-di-manjung/

Frenzy Waterpark

Pada sesiapa yang pernah melihat cerita gameshow Wipeout di AXN Asia pasti akan teruja dengan pembukaan satu taman tema air yang diberi nama Frenzy Waterpark.Konsep taman tema air ini menyerupai halangan yang terdapat di dalam cerita Wipeout tersebut. Taman tema air tersebut terletak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Walaupun nama hotel terdapat nama Pangkor namun ia bukan terletak di Pulau Pangkor, Perak.

Marina Island terletak di Teluk Muroh, Perak. Pada yang tidak pernah dengar Teluk Muroh pasti anda pernah mendengar Teluk Batik, Perak. Ya, ia terletak dekat dengan Teluk Batik, Perak. Pada yang tidak pernah dengar Teluk Batik, pasti anda pernah dengar Lumut, Perak. Ya, di berada di dekat-dekat kawasan tersebut.Kalau Teluk Batik atau Lumut tidak pernah dengar. Bukalah Google Map untuk mencari. Untuk tahu lebih lanjut mengenai alamat lokasi sebenar dan harga tiket, sila rujuk poster diatas. Atau boleh ke Facebook page mereka, Marina Island Pangkor Resort & Hotel.


 Sumber:https://anakperak.com/2016/05/frenzy-waterpark-wipeout-kini-di-malaysia/

Kota Belanda

Bagi yang menyukai sejarah lama, jangan lepaskan peluang utuk melihat keajaiban  sejarah Kota Belanda  yang pernah dibangunkan oleh Belanda sekitar tahun 1670 ini. Kota Belanda telah dibina oleh Belanda sebagai tempat atau gedung untuk menyimpan biji timah yang terdapat di negeri Perak.


Sumber:http://123mamanet.com/jelajah-tempat-menarik-di-pulau-pangkor/

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN


THE MANJUNG SDN.BHD
NO.46,JALAN MANJUNG POINT 1,
LORONG SENTOSA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK.

NO. TEL: 013-4517558         
EMAIL:themanjung46@gmail.com
.

PETA TEMPAT

PETA DAERAH MANJUNG...





MANJUNG ADALAH SALAH SATU DAERAH DI PERAK. MANJUNG MERUPAKAN KAWASAN YANG DIGELAR SEBAGAI PUSAT MARITIM. IA TELAH BERJAYA BERKEMBANG DENGAN PESAT SEBAGAI SATU DAERAH YANG KAYA DENGAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK. 



SUMBER:https://www.google.com/search?q=PETA+MANJUNG&source